Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, July 1, 2012

Si kembar derita sakit usus

image (12)

BALING - Seorang bayi kembar berusia 10 bulan dari Kampung Pak Pong, Kupang, terpaksa menahan derita sakit usus dan jantung berlubang sejak berada dalam kandungan ibunya.

Mohd Shahir Rosidi sering menangis sehingga mengakibatkan badannya bertukar kebiruan.

Keadaan itu merunsingkan ibunya, Rohani Osman, 38, yang tidak berkemampuan memberikan rawatan terbaik kepada anak ketiganya itu.

Rohani yang merupakan suri rumah sepenuh masa berkata, dia terpaksa berjaga malam bagi menenangkan Mohd Shahir yang sering menangis dan demam hampir setiap malam.

Mohd Shahir pernah dibedah pada usia 41 hari kerana injapnya sempit sehingga menyukarkan pernafasannya.

Mohd Shahir perlu menjalani pemeriksaan setiap bulan di Hospital Sultan Abdul Halim dan juga Hospital Besar Pulau Pinang..Keadaan itu turut memberi kesan kepada keluarga itu kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk kos menyewa kenderaan setiap bulan.

Kadang-kala suami tidak dapat bekerja kerana mengalami masalah kesihatan selain buasir yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Sumber : Sinar harian

No comments:

Post a Comment

ShareThis