Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, June 8, 2012

Sawah digenangi air laut - Alor Setar

Kawasan sawah padi seluas 62 hektar yang terletak di sepanjang persisiran pantai di negeri ini dan Perlis dikhuatiri terjejas akibat digenangi air laut ekoran kejadian ombak besar sejak kelmarin. fenomena air pasang besar itu menyebabkan tiga kawasan sawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Perlis dan Kedah dilimpahi air masin.kawasan sawah yang terjejas ialah di Kampung Alor Akoi, Sungai Padang di Perlis serta Kampung Padang Garam dan Kampung Kuala Kuar di Sungai Dua di Kedah.Kira-kira tujuh hektar sawah terjejas di Kampung Alor Akoi, 35 hektar di Kampung Padang Garam dan 20 hektar di Kampung Kuala Kuar

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis