Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, June 21, 2012

Korban Bujang Sebelak

ne_02.1

Seorang suami sanggup menggadaikan nyawa sendiri dengan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan isterinya yang dibaham seekor buaya tembaga dengan ukur lilit perut sebesar tong dram di tebing Sungai Anak  .

Namun, kudrat ketua rumah panjang, Embol Asum, 48, untuk menyelamatkan isterinya, Siah Munsong, 42, yang telah dikahwini sejak 30 tahun lalu jauh dari mencukupi untuk menandingi buaya itu yang dipanggil 'Bujang Sebelak', buaya ganas yang telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang sejak tahun 2010.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Embol bersama lima penghuni rumah panjang yang turut berusaha membantunya sekadar dapat melihat buaya dianggarkan sepanjang lima meter itu mengheret Siah yang terkapai-kapai di dalam mulutnya ke tengah sungai  juga anak Sungai Sebelak.

Mayat ibu kepada dua orang anak itu ditemui tersangkut dalam pukat kira-kira 200 meter dari tempat serangan pukul 9.30 malam kelmarin

sewaktu kejadian, Siah bersama beberapa penduduk lain sedang mandi-manda di tebing sungai yang pada waktu itu air paras pinggang sementara dia sendiri berada tidak jauh dari situ.

"Siah tiba-tiba menjerit minta tolong.bila seekor buaya besar yang buta mata kirinya membaham betis kanan Siah dan menariknya ke dalam air

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis