Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, June 16, 2012

Kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai - Timbalan Ketua Polis maut - Machang

Kegembiraan Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob yang baru sebulan menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai tidak berkekalan bila pegawai polis itu dan rakan setugasnya terbunuhdalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Kraiberhampiran Kampung Labok ,

Abdul Wahab, 56, dan Sarjan Abd. Kadir Kumin, 48,yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Krai maut di tempat kejadian bila kereta BMW yang mereka naiki hampir berkecai selepas bertembung dengan Pajero dari arah bertentangan. Turut terkorban dalam kemalangan pukul 1 pagi itu ialah Membunga Mamat, 60, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Membunga, Mohd. Saari Asmawi, 36, cedera parah ,Ketiga-tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian  masing-masing tersepit

jenazah Abdul Wahab yang baru sebulan bertugas dengan pangkat Asisten Superintendan meninggalkan isteri, empat orang anak serta seorang cucu.,jenazah Abd. Kadir pula dihantar ke Ulu Cheka, Jerantut sebelum dikebumikan. Allahyarham Abd. Kadir meninggalkan isteri dan enam anak.

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis