Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, June 4, 2012

Dua remaja lemas ditarik air di -Air Terjun Sekayu- Hulu Trngganu

Kegembiraan lapan sahabat mandi-manda di kawasan Air Terjun Sekayu, Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sempena musim cuti sekolah bertukar tragedi bila dua dari mereka ditemui lemas selepas  ditarik air yang berpusar.Kejadian pukul 11 pagi itu mengakibatkan remaja berusia 17 tahun, Mohamad Azrul Azmir Mohd. Maidin dan Muhammad Hanif Izzuddin Musa maut. Mohamad Azrul berasal dari Kampung Paya Guchil Tok Beng manakala Muhammad Hanif pula dari Kampung Tanjung Jaafar, Kuala Terengganu.Rakan mangsa, Khairul Ikhwan Hakim Mohd. Iszman, 17, memberitahu, kejadian berlaku bila Mohamad Azrul yang mandi di tebing tiba-tiba tergelincir ke dalam air sedalam tujuh meter lalu lemas.Muhammad Hanif kemudian cuba menyelamatkan Mohamad Azrul sebelum dia juga lemas

Sumber : kosmo.

No comments:

Post a Comment

ShareThis