Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, June 20, 2012

3 penjenayah ditembak mati

je_02.1

Polis menembak mati tiga penjenayah  warga asing yang cuba.menyamun rumah sebuah keluarga di Taman Saujana Templer, Rawang  pagi ini.

ketiga-tiga suspek ditembak di Kilometer 32, Jalan Selayang-Rawang selepas melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis ketika terserempak dengan sebuah kereta peronda.

Kesemua suspek cuba menyamun sebuah rumah teres yang dihuni lima sekeluarga namun membatalkan hasrat setelah isteri pemilik rumah menyedari kehadiran mereka.

pemilik rumah itu,Mohd. Azhar Nordin, 46, seorang kontraktor tiada di rumah ketika kejadian. Hanya isteri serta tiga orang anaknya dan seorang pembantu rumah berada dalam rumah itu.

Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

ShareThis