Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, November 8, 2010

Novel (Bab 6) : Kerana Hatiku Sekeras Kerikil


Faiz sedang berehat di bilik guru. Sheera dan Irene melangkah masuk.

"Zul, you lunch dengan I ya.''
 Syarifah tergendeng-gendeng, meremang bulu roma Faiz dibuatnya.
 Makan pun nak berteman, nak suruh belanja la tu. bisik hati Faiz.

Kehadiran Sheera dan Irene ke bilik guru mengalihkan pandangan Faiz. Dia tidak mempedulikan Syarifah yang selamba saja duduk di atas mejanya itu. Dia hanya memerhatikan Sheera.

Sheera menuju ke meja cikgu Kamsiah. Dia sempat melemparkan pandangan ke arah Faiz, dan pandangannya beralih pada Syarifah. Sakit pulak hatinya melihat gelagatSyarifah yang mengada-ngada tu.

Yang Si Faiz tu pun sama je melayan.. Meluatnya aku!! Nantilah kau... Nak ngurat Faiz ya... Kalau lawa tak apalah, setakat si gedik ni kalau nak dibandingkan dengan aku, berpuluh-puluh kali ganda lawa aku dari die. Agaknyalahh.... bisik hati Sheera.

"Apalah nak jadi dengan kamu ni?" cikgu Kamsiah mula membebel.
 Sheera memberanikan diri membalas renungan cikgu metematik itu. Faiz yang memerhatikan dari tadi terasa simpati dengan Sheera. Tapi Sheera selamba saja.

"Tiga hari kamu tak datang, kamu pergi mana?"
 "Cikgu tahukan jawapannya?"
 Hehehe! betul apa dia tahu. Dia tangkap aku dengan Irene hari tu. Nasib baik aku dengan Irene tak berapa baik hari tu. Member-member yang laindapat pulak selamatkan diri, bisik Sheera.

Faiz menelan air liur.....
Selambanya dia jawap.. bisik hati Faiz.

"Saya nak kamu bersihkan longkang sekolah balik nanti.'' arah cikgu Kamsiah.
 Sheera tersenyum. Apalah sangat hukuman tu, bisik Sheera.
 Dia sempat menoleh pada Faiz, pada Syarifah dan kembali pada Faiz, dia menjeling tajam.
 Eiii, geramnya aku!!!  Jelez????.... Tak, aku tak jelez... Nak buat apa jelez. bisik hati Sheera.

"Zul banyak kerjalah. Ifa pergi dululah.'' ujar Faiz.
 Syarifah menarik muka masam, dia bangun membetulkan skirt pendeknya, dan berlalu pergi.....
Faiz menarik nafas lega.....

Shera pergi ke meja Irene,  hendak meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Tasha berdiri disebelah meja Irene....

"Meluatlah aku tengok Syarifah gedik tu.''
 Mahu tidaknya, dia nak tackle Faiz tu, bisik hati Sheera.
 Irene tersenyum. Dalam kepalanya ligat memikirkan projek terkini lagi sensasi.
 Yess... dah dapat dah.... bisik hati Irene.
 Sheera menjeling tajam pada Syarifah gedik yang menuruni anak tangga bersama Faiz. Nak pergi makanlah tu.

Faiz mencari kelibat Sheera, nampak pulak tu Sheera menjeling, membuatkan Faiz menjadi serba salah.... Dia taknak Sheera menyangka yang bukan-bukan antara dia dan Syarifah, kerana dalam hatinya hanya ada Sheera.

Jaga kau Syarifah gedik.... Biar aku malukan pada seisi sekolah.... Ingat lawa sangatlah kaki tu nak pakai skirt pendek... Huh....Meluatnya aku!!!  bisik hati Sheera.

Pat berlari mendapatkan member-member yang sedang tekun itu. Dia kelihatan tercungap-cungap....
 "Dah nampak dah... putih lagi....'' ujar Pat..
 Senyum Pat meleret....
 "Elok sangatlah tu...''
 Kali ni biar dia rasa apa itu erti maluuu......

Pagi itu juga Sheera dan Irene mendapatkan bantuan rakan dari kelas sebelah bagi menjalankan misi  mereka terhadap Syarifah gedik...


"Dia dah datang tu, cepatlah sikit buat kerja tu,'' bisik Sheila...
 Sheila gelisah. Kalau kena tangkap dengan dia-dia pun kena sekali...
 "OKey, Sheila.... Thankz,'' ujar Sheera.
 Sheila mengangguk lembut. Dia keluar menuju ke arah dewan sekolah.

 Sheera dan Irene turut ke dewan memandangkan perhimpunan belum lagi selesai.
 Mujur ada Sheila. Dapat juga dia kenakan Syarifah gedik tu, nasib dia memang baik, kalau dia ajar kelas aku memang tak habis-habislah dia terkena...bisik Sheera.

 Sheila sempat melambaikan tangannya sebelum mencelah masuk di antara pelajar-pelajar kelasnya.
 Selepas ini Sharifah gedik akan masuk mengajar dan tahulah nasib dia nanti.... bisik hati Sheera.

 Syarifah gedik terus aja duduk di kerusi, sedangkan Sheera, Irene dan Lynn menunggu di luar kelas Sheila.
 Ehhh..... Syarifah gedik tengah duduk di kerusi tu... Kejap lagi dia bangun adalah tu.... bisik Sheera.

 Sheera, Irene dan Lynn terus menunggu diluar kelas Sheila untuk melihat wajah Starifah gedik nanti..
 Syarifah gedik nampak gelisah sahaja.... Dari tadi dia tak bangun-bangun walau dia ingin sekali buat begitu dan itulah yang patut dilakukan... Macam ada yang tak kene je ni....

 Sheila mengintai ke luar kelas, dia menguntum senyum ke arah Sheera, Irene dan Lynn.. Akhirnya Syariah gedik bangun jaguk... Dia terus je memusingkan kepalanya ke belakang skirt putih susunya yang kini basah dengan ink merah...

 Siapalah punya kerja ni?? geram aku!! jerit hati Syarifah gedik..
 Sharifah memandang pelajar-pelajar yang selamba saja... Mana taknya mereka memang tak tahu apa-apa pun...  kecuali Sheila.... Sheera pula menahan tawa...Padan muka.... bisik hati Sheera.Dia sebabkan kerusi tu beralas lapik merah, dia lansung tak perasan tadi...

 Macam manalah nak buat ni.... nak basuh??? huhh... satu hal pulak.... Kalau hilang tak apalah jugak.. Ni gerenti tak boleh hilang punye... Nak baliklah... Huwaaaa!!!! Malunya aku! bisik hati Syarifah gedik...

No comments:

Post a Comment

ShareThis