Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, November 7, 2010

Novel (Bab 5) : Kerana Hatiku Sekeras Kerikil



Ehhh, ada budak baru lagilah... bisik hati Sheera.. Baru empat hari tak datang sekolah, dah ada berita baru. Ish, dapat tahu lambat pulak tu...

Sheera malas bertegur sapa dengan budak baru tu. Biarlah dia.... Tapi yang menyakitkan hati tu, dia cuba nak rapat-rapat dengan Tasha. Marahlah aku, ada yang cuba nak ambil member aku yang paling kamcing pulak tu.

Irene baru saja masuk ke kelas, Sheera menghampirinya.

"Irene...''
 "Hah Sheera, ada apa?"
 Sheera duduk di sebelah Irene.
 "Aku benganglah dengan budak baru tu... "
Sheera melahirkan kekesalannya.

Intan yang memahami masalah Sheera melemparkan pandangannya ke arah Tasha dan Ika yang nampak mesra saja. Menyakitkan mata yang memandang.

"Kita kenakan dia nak??"
 Lynn memberikan cadangan bernasnya yang tidak mampu menarik perhatian Sheera yang telah pun mengelamun jauh mengimbas kembali keindahan detik-detik yang dilaluinya ketika bersama dengan Tasha.
Seorang member kamcing yang sentiasa bersama saat suka dan duka. Dia inginkan kemesraan seperti dulu. Tasha bersama-sama dengannya dan member-member lain. Sama ada ketika buat benda elok atau yang tak elok...

Sheera balik sekolah dengan Lynn dan Pat. Sejak dari dalam kelas tadi Sheera sudah dapat menangkap ada sesuatu dalam fikiran Lynn dari wajah Lyn yang nampak berkerut. Mula-mula Sheera agak keberatan, tapi akhirnya setuju setelah Lynn meyakinkannya.

"Aku gelilah dengan binatang tu... Loya tekak aku ni hah..''
Tekak Sheera terasa loya macam nak muntah je.
 "Berapa apek??"
 Lynn tercungap-cungap geli jugaklah tu.
 "5 ringgit.''
 Amboi mahalnya! Apa sangatlah binatang tu. Nanti lepas jugak. bisik hati Lynn.
 "Tak boleh kurang ke??''
 Siap main tawar-tawar lagi. Si Pat ni ingat kat pasar malam ke nak tawar menawar  pulak. bisik hati Sheera.
 "Kasi kulang 50 sen sama lu.''
 Eleh,5 posen je kurang??. Fuhh, kedekutnya!! bisik hati Pat.

Pat menghulurkan duit dan menyambut bungkusan yang dihulurkan itu.
"Siapa nak bawa ni??'' tanya Pat.
 Pat bersungut. Dia menjauhkan sedikit tangannya ke depan. Menutup mulutnya menahan geli.
 "Kau bawa ajelah.'' Kita naik cab.'' ujar Sheera.
 Sheera menahan sebuah teksi merah putih .

"Mesti gempak n!"
 Irene tak sabar nak tengok telatah Ika apabila terjumpa binatang ni nanti.
 Sheera berlari menuju ke tandas.
 Apalah... Nak buat, tapi jadi macam ni pulak. Ishhh, memalukan sungguh, bisik hati Sheera.

 Faiz melangkah ke kelas yang tidak berpenghuni itu. Dia terus ke meja hadapan kelas itu. Menanti pelajar-pelajar yang masih belum selesai perhimpunan... Merenung tempat Sheera yang kosong saja. Pagi tadi Sheera tak datang, entah ke mana pulak lah tu...

 Pelajar-pelajar menuju ke kelas. Tersengih-sengih apabila tengok cikgu dah datang. Sheera sempat melemparkan pandangannya ke arah Faiz. Senyuman Faiz lansung tak dipedulikannya.

Ehh, datang pulak. Pukul berapalah dia datang agaknya. Mesti baru lagi ni. Pagi tadi tak ada pun. Ikut sedap dia aje... bisik hati Faiz.

"Eiiii! Katak!!!"
 Fuhh, bingit telinga.
 Jeritan Ika bergema di dalam kelas. Ika turut terlompat-lompat mengelak dari terkena katak yang melompat tu.

Sheera menahan tawanya. Member-member lain turut tersipu-sipu. Control beb...
Sheera selamba saja bangun dan berdiri di atas kerusi .
 Takut jugak! dibuatnya katak tu menggila, nanti tak pasal-pasal aku pulak yang terkena balik. Eiii, gelinya!!. bisik hati Sheera.

Faiz menggeleng kecil. Dalam kesibukan pelajar-pelajar lain yang lintang-pukang, dia menoleh pada Sheera.
Amboi! Sedapnya berdiri atas kerusi tu. Sheera menjeling ke sebelah sana. Tersenyum ceria... Mesti ada apa-apa ni.. bisik hati Faiz...

Bukan nak tuduh, tapi rasa-rasanya dia punya kerjalah niii......... bisik hati Faiz......

No comments:

Post a Comment

ShareThis