Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, November 7, 2010

Novel (Bab 4) : Kerana Hatiku Sekeras Kerikil

Hiasan Semata

Pukul 6 pagi, Sheera bangun dari tidur. Sebaik hendak melangkah ke bilik air, tiba-tiba wajah Faiz menjelma di ingatan. Pada mulanya dibiarkan saja tapi lama-kelamaan ternyata menggangu fikiran.

Kalau ikutkan hati memang rasa tak nak pergi sekolah hari ni. Malasnya nak mengadap muka cikgu baru tu.. Apasallah dia boleh jadi cikgu aku ni.... Arggghhhh!! bisik hati Sheera.

Hari ni kena keluar awal sikit. Ada projek dengan member-member. Nak pancitkan tayar kereta cikgu yang memandai je bagi tempat duduk aku pada Dhila, bisik hati Sheera lagi.

Ramainya manusia tunggu bas. Apasallah tak ada pakwe yang nak tolong angkat aku pergi sekolah. Senang sikit... Tapi,eeiii taknaklah aku... Lelaki ni tak boleh pecaya sangat... Dangerous!! bisik Sheera.

Yes! bas dah datang, bisik Sheera sendirian.
 Sheera mula untuk berebut Dia mencapai besi di tepi pintu bas untuk memudahkan dia naik.
 Laaa,siapalah yang kurang ajar tarik baju aku ni? Koyak nanti satu hal pulak., bisik Sheera sendirian.
Sheera cuba menoleh kebelakang, tap.. tak jadi disebabkan terlalu ramai manusia yang mengganas untuk naik. Dia mengambil tempat duduk yang masih kosong. Baru je duduk, dah ada yang duduk di sebelahnya. Tak tahulah siapamalas nak tengok.
  
"Sorry yaa.. tertarik baju tadi. Ingatkan besi tadi.''
 Lawaknyalah hai! Baju yang punyalah lembut macam ni, dia ingatkan besi. Nak kena agaknya ni. Dia rupanya yang main tarik-tarik baju aku tadi, bisik hati Sheera sendiri.
Sheera pantas menoleh dan menjeling tajam. Dia menoleh untuk kali kedua. Agak lama....

"Tiket!!"

 Sheera agak terkejut, cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Dia meraba syiling didalam poket, tapi terhenti apabila pemuda disebelahnya telahpun berbaik hati tolong bayarkan tambangnya sekali.
 Dia terus mencari syiling dan dihulurkan pada pemuda disebelahnya tu. Taknak terhutang budi lah kononnya.

"Tak apalah.''
 Eleh.. ingat duit ni tak laku ke? Taknak lagi bagus.... Kalau macam ni hari-hari pun tak apa. bisik Sheera sendirian. Sheera melemparkan pandangannya keluar.

Sebelum waktu belajar bermula, habis tayar kereta cikgu Hasnah yang diparking di bawah pokok menjadi sasaran Sheera dan Intan.

"Padan muka!!"
 Sheera tersenyum puas. Dia mengatur langkah menuju ke arah kantin sekolah. Sempat dia singgah sebentar di tong sampah untuk membuang pisau dan spanar yang digunakan tadi.

"Mesti dia menyirap je...,'' balas Intan
 Intan tersenyum lagi. Memang dia cukup suka buat benda tak elok macam ni. Bukannya apa, dah cikgu buat silap... terima ajelah. Tak kiralah perkara kecil ke... besar ke... balas tetap balas....

Memang seperti yang telah diduga, hari tu sekolah gamat dengan berita tentang keempat-empat biji tayar kereta cikgu Hasnah pancit. Mesti ada orang aniaya ni... memang pun....

Sheera sekadar tersenyum. Member-member lain pun taknak ketinggalan tersengih puas hati.

Kesian cikgu, mesti dia kena balik naik bas nanti. Baru dia tahu macam mana susahnya naik berebut naik bas.. sampai kasut dipijak orang.... baju ditarik orang... traffic jam lagi... dan akhirnya terlambat, bisik hati Sheera. 

Macam dialah hari tu. Bukannya sengaja nak datang lambat, tapi sebab terpaksa. Lain kali janganlah memandai nak aturkan tempat duduk orang. Bukannya cikgu tak tahu tahun lepas memang dia duduk dengan Tasha.........

 Faiz geleng kepala apabila mendengar cikgu-cikgu lain sibuk bercerita tentang sekumpulan pelajar-pelajar yang tak berdisiplin dan didapati ponteng sekolah atau kalau tak pun datang lambat. Ada tu.. First day lagi dah lambat dah....

Dia teringatkan Sheera, pelajar kesayangannya itu. Dah tiga hari tak datang sekolah. Membuatkan dia terasa rindu untuk menatap wajah cantik dan melihat senyuman manis Sheera. Tapi, gadis itu agak nakal. Faiz tahu, Sheera terlibat dalam kes ponteng sekolah dan selalunya dia akan ponteng kelas.

Kenakalan Sheera menjadi sebut-sebutan, sering saja didengarinya. Dia pun sudah jarang dapat bertemu dengan Sheera pada waktu pagi. Kerana Sheera selalu datang lambat ke sekolah, dan sejak dia memiliki motor dua hari lalu, dia tidak lagi bertemu dengan Sheera.

Sheera semakin berani ponteng sekolah. Dia sayangkan Sheera, dia tidak mahu Sheera begitu. Walau dia tahu gadis itu amat sukar dibentuk, apalagi oleh seorang lelaki. Dia tidak salahkan Sheera kerana membenci lelaki. Dia tahu tentu ada sebab kenapa Sheera bersikap demikian...............

No comments:

Post a Comment

ShareThis