Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, November 4, 2010

Novel (Bab 3) : Kerana Hatiku Sekeras Kerikil


''Mana Sheera dan Irene?'' soal tasha.
 Laa...... Belum sampai lagi budak 2 ekor ni. Mana pulaklah perginya? bisik hati Intan
Intan menggeleng kecil. Memang dia tidak tahu Sheera dan Irene kemana. Lepas aja buat rompakan kecil di bilik kemahiran hidup tadi, mereka terus berpecah kerana tak nak cikgu syak....

''Tu pun dia orang dah sampai.'' Tasha terasa lega dengan kehadiran Sheera dan Irene. Senyuman terukir di bibir Pat,Intan,Lynn, dan Dhila.
 Irene mengetuk pintu beberapa kali. Sheera mengemaskan kain biru muda yang di padankan dengan baju kurung putih. Risau kalau pisau yang diselitkan dibahagian pinggang kainnya ternampak pula.
 Sheera terus mengikuti langkah Irene masuk ke dalam kelas. Matanya tertumpu pada member-member lain. tersengih-sengih hingga tak sedar pun dah sampai di meja cikgu.

"Mana kamu pergi ni?"
 Sheera tunduk sahaja. Terkejut dengan sergahan cikgu. Dia mengangkat muka perlahan-lahan.

 Hahhh? Siapa pulak lelaki ni? Ishhh, macam kenal je.... Laaa betul ke mata aku ni? Apalah yang dia buat kat sini... Alahai.... bisik hati Sheera.
"Kami pergi tandas cikgu.''
Irene terpaksa menjawab apabila Sheera hanya senyap dari tadi.
Entah kenapa pulak lah budak ni. bisik hati Irene.

Nasib baiklah cikgu tak banyak tanya. Agaknya dia pun malas nak layan sangat. Sheera macam orang tak betul terus aje menonong ke arah tempat duduknya.

"Siapa tu?''
 Tak pernah-pernah dia tegur si Dhila di sebelahnya tu, tapi hari ni tegur pulak. Dhila tercengang macam tak percaya saja soalan tu ditujukan untuknya.
 "Cikgu baru.''
 Dia menjawab lembut sopan santun gitu..

Jawapannya membuatkan Sheera seperti ingin membunuh diri.
 Macam manalah boleh jadi macam ni. Mampuslah dia kali ni, punyalah sombong dia di dalam bas.. Last-last itulah cikgu baru dia. Ni yang rasa macam nak tukar sekolah lain je ni.. bisik hati Sheera.

Faiz mencuri pandang ke arah Sheera yang nampak tidak senang dengan kehadirannya. Dia sama sekali tidak menyangka akan bertemu lagi dengan Sheera walau itu yang amat diharapkan. Dapat mengajar kelas dia pulak tu.
Tahulah dia nanti..... Ohh sombong ya?.. bisik hati Faiz.

Sheera masih tidak dapat mengawal perasaannya yang terperanjat itu. Pandangannya sesekali bertemu dengan Faiz yang berada di hadapannya. Dan satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan hadir pada ketika itu.

1 comment:

  1. nice novel...sambung lg...

    tapi tulisan x nampak...sowie

    ReplyDelete

ShareThis