Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, October 30, 2010

Novel (Bab 2) : Kerana Hatiku Sekeras Kerikil

Hiasan Semata

Sejak pagi tadi Sheera diam sahaja. Serba tak kena pulak rasanya duduk disebelah Nina yang berbadan agak gempal itu. Bukan kerana takut memandang saiz yang berbeza, tapi kerana memang tak pernah bertegur sapa dan rasanya mungkin tak sekepala.....

"Hai, saya Dhila.''
Huhh, Sheera mengangkat muka dan menatap wajah budak baru didepannya. Ada senyuman terukir di bibirnya membuatkan hati seorang wanita yang lemah lembut terasa serba salah. Dia menyambut salam itu perlahan-lahan.

''Sheera''
Salam dileraikan. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Tasha dan kembali meneruskan kerjanya.

Loceng rehat berbunyi. Macamlah kebulur sangat pelajar-pelajar sekolah yang terdiri dari orang-orang pompuan sahaja, semua berpusu-pusu menuju ke kantin. Ada yang berlari-lari dan berebut-rebut. Sheera turut melangkah ke kantin, tapi dia tidaklah seburuk kelakuan pelajar lain yang tidak senonoh itu.

''Apa projek pertama kita?"
Sheera mengalihkan pandangannya ke arah Irene. Soalan dari Irene membuatkan dia tersengih... 
Dah ada lah tu...

"Budak baru tu.."
Hehehe! Tahulah dia nanti. bisik hati  Sheera.
Sheera memandang wajah member-member seorang demi seorang. Irene dengan mukanya yang tak faham. Pat tersengih-sengih entah tahu entah tidak. Intan mengangguk-angguk macam dah yakin je. Lynn tercangak-cangak tak tahu apa-apa. Dan Tasha kelihatan tak senang dengan keadaan itu...

''Aku tak nak masuk campur.''
 Hahh! Sheera tercengang. Melopong mulutnya bagaikan pintu gua. Wajah Tasha direnungnya agak lama, membuatkan Tasha serba salah. Dia sendiri tak faham kenapa pulak Tasha tak nak masuk campur kali ini.
Mesti ada skandal dengan budak baru tu. bisik hati Sheera.

"Dia tak salah, dia tak tahu apa-apa pun.''
 Tasha tunduk ke bawah. Sheera mengangguk kecil. Mungkin juga ada benarnya kata-kata itu.

 ''Boleh saya tumpang duduk kat sini?"
Serentak itu semua mata tertumpu pada tuan punya suara itu. Dhila tunduk takut-takut. Ditangannya ada sepinggan nasi campur dan sebelahnya lagi ada segelas air.

''Duduklah.''
 Tasha selamba sahaja mempelawa. Sheera terpaksa mengensot ke tepi sedikit untuk memberikan ruang pada Dhila. Fuhh! Cepat benar hatinya lembut. Dalam pada tidak sedar itu, kemesraan sudah mula berputik diantara budak baru tu dan budak-budak lama. Sheera terima juga kehadiran Dhila sebagai salah seorang dari seorang member-member kamcingnya. Nasib memang menyebelahi Dhila, kalau tidak mampuslah dia....

Itulah lain kali jangan cari pasal dengan aku. Yang pandai-pandai pergi duduk tempat aku tu siapa suruh. Ohhh! Nak ambil member kamcing aku ya...? bisik hati Sheera.
Tapi bila difikirkan, bukan salah Dhila. Tapi... Cikgu... Yes... Cikgu yang salah. bisik hatinya lagi.

Sebelum habis waktu rehat, bilik kemahiran hidup menjadi sasaran Sheera dan kawan-kawannya.
"Oii, dah masuk kelaslah,'' Pat yang tercegat di muka pintu kelas memberitahu.
 Irene segera memasukkan spanar ke dalam poket baju seragamnya. Sheera menutup semula kotak besi berwarna hitam itu. Dia sempat mencapai sebilah pisau lipat yang bersinar-sinar. Intan memerhatikan keadaan bilik itu kembali seperti sediakala, dan mereka terus beredar.

Tasha resah menanti member-member yang masih lagi tidak kelihatan kelibatnya. Kehadiran cikgu menambahkan resah yang sedia ada. Lynn juga gelisah sahaja. Takut-takut kalau ada sesuatu yang tidak diingini terjadi.

"Manalah budak-budak ni?'' Dhila turut meluahkan rasa takut.
 Cikgu Hasnah masuk bersama dengan seorang lagi cikgu. Lelaki... Mungkin cikgu baru agaknya. Semua mata tertumpu pada cikgu lelaki itu. 'Handsome' gitu... kena pulak kalau dia tersenyum.... Cair.....

"Saya nak kenalkan kamu semua dengan cikgu baru yang akan mengajar kamu subjek Sejarah dan Bahasa Melayu.''
Pandangan pelajar silih berganti. Ada senyuman geli hati yang terukir dibibir masing-masing.
"Siapa nama dia cikgu?"
Selamba sahaja soalan itu diajukan. Lynn buat tak tahu sahaja bila ada yang menoleh padanya. Yang pasti mereka juga nak tahu.
"Nama saya Faiz.''
 Alahai romantiknya suara, meremang bulu roma dibuatnya.

"Kamu semua buatlah kerja sendiri,'' kata cikgu Hasnah.
Seronoknyalah, memang pada awal persekolahan bukannya belajar. Maklumlah buku teks pun belum dapat lagi. 

Pat dan Intan melangkah masuk, tersengih-sengih macam kerang busuk mendapatkan cikgu Hasnah dihadapan seorang........
Ehhh, lelaki pulak tu,apahal pula cikgu ni..... Takkan nak buat hal pulak. Dah kawin tu dahlah.... Ishhh, takkan lah.... bisik hati Intan.

"Mana kamu pergi ni?''
Intan tersengih-sengih. Malu pulak rasanya, mungkin sebab ada lelaki handsome di sebelah cikgu Hasnah.
"Kami pergi tandas, cikgu.''
 Tipu sunat lagi, Cikgu Hasnah menggeleng kecil. Memang dia sendiri faham sangat dengan perangai pelajar-pelajarnya yang memang terkenal dengan masalah disiplin.
"Pergi duduk tempat kamu.''
Dah malas nak layan lah tu... Intan beredar ke arah Lynn, dan terus duduk di situ. Dia memusingkan badannya ke belakang melihat Tasha dan Dhila. Pat mengambil tempat duduknya. Mengeluarkan spanar yang diambil di bilik kemahiran hidup tadi.

"Siapa tu?"
Intan tidak berlengah lagi bertanya. Matanya bertaut pada cikgu Faiz. Handsomenya..
"Cikgu baru.''
Hahh!! Terkejut aku.. Apa dibuatnya cikgu lelaki kat sekolah perempuan? Ishh, lecehlah.... 
jadi baiklah aku nanti...

No comments:

Post a Comment

ShareThis