Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, October 29, 2010

Novel (Bab 1) : Kerana Hatiku Sekeras Kerikil


Hiasan Semata

Semasa berebut menaiki bas awam ke sekolah dengan penumpang-penumpang lain, kasut Sheera dipijak tanpa disengaja oleh seorang pemuda. Pemuda yang kemudian duduk disebelahnya itu tersenyum simpul menyedari kesahalahannya.Tetapi senyum itu hilang apabila melihat Sheera menjeling tajam ke arahnya.
 Sheera melihat kasutnya yang baru sahaja menjadi mangsa. Ada tompokan hitam yang menyakitkan mata memandang.
''Ada mata tak nak guna,'' ngomel Sheera.
Dalam hati Sheera masih lagi memaki hamun pemuda itu. Kasut yang telah dibasuhnya semalam dan disapu pula dengan kapur agar nampak lebih putih, kini telah tercemar.

''Dahlah hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti panjang akhir tahun........
Bengang betullah!" bisik hati Sheera.

Bas berhenti beberapa kali mengambil dan menurunkan penumpang. Dan menyusuri jalan yang agak sibuk membawa penumpang ke destinasi mereka. 
Sheera menjeling jam ditangan yang sudah pun menunjukkan hampir pukul 7.00 pagi. Kira-kira 2 minit lagi sekolah akan bermula......
Dia cuba melelapkan mata. Mengimbas kenangan indah bersama-sama member kamcing. Dia rasa rindunya memuncak untuk bertemu dengan member yang paling ngam.
''Pagi lagi dah mengantuk?" Sheera tekejut. Cepat-cepat dia membuka kelopak matanya.
Huh meluatnya........! bisik hati Sheera. Sheera menjeling buat kali kedua ke arah pemuda itu.
Entah siapalah yang bagi dia duduk disebelah. Tak malu betul. bisik hati Sheera.
"Sorry ya, tak sengaja tadi.'' kata pemuda yang duduk disebelahku itu.
Banyaklah dia punya tak sengaja. Bisik hati Sheera.

Sheera tidak langsung mempedulikan pemuda disebelahnya itu.
Biar dia cakap sorang-sorang macam orang tak betul. bisik hati Sheera lagi.
''Kalau awak tak puas hati, nanti saya basuhkan kasut awak tu.''
Alahai..............
Letih rasanya. Aku bagi betul-betul nanti tahulah. Baik punya bodek lah tu..... bisik Sheera.

''Atau saya belikan yang baru. Lagipun kasut awak tu pun dah buruk.''
Amboi sedapnya dia punya ayat. Kasut ni baru je aku pakai 2 bulan sebelum cuti sekolah dulu... kira bari lagilah tu. Elok pulak tu.... Memang ada yang nak kena belasah kejap lagi ni.... Tak pun kena pelepuk dengan kasut ni.... bisik Sheera.


''Saya ikhlas ni. Lagipun berapa sen sangatlah harga kasut sekolah awak tu.''
Fuhh, sabar jelah. Ini dah kira overlah ni, dah sampai mencabar kesabaran aku. bisik hati Sheera.
Shera menjeling lagi jam ditangan. Hampir menunjukkan pukul 7.00 pagi. Bas tidak langsung bergerak kerana terperangkap dalam kesibukan jalan raya. Keluhan kecil dilepaskan perlahan.


Dahlah rasa tak sabar nak sampai sekolah, tiba-tiba jadi macam ni pulak. Ishhhh, janganlah terlambat pulak. Dahlah first day.... bisik hati Sheera.


Yes! tahun ni aku dah form 5. Seronoknya.... bisik hati Sheera. Kenangan bersama member-member menerjah embali diingatan. Sheera tersenyum sendiri dan dia bertambah tidak sabar hendak sampai ke sekolah.


''Senyum sorang-sorang je...'' sampuk pemuda itu.
Sabar ajelah. Manalah nak diletakkan muka ni. Tak sedar pulak sampai boleh tersengih. bisik hati Sheera.
Sheera dapat rasakan mukanya menjadi tebal entah berapa inci. Dia cuba mengawal rasa malu.
Itulah, tadi nak biarkan dia cakap sorang-sorang macam orang gila. Tapi aku pulak yang... 
Ishhhh, malunyalah hai.... bisik Sheera lagi.


''Suka hatilah saya nak buat apa. Yang awak sibuk sangat ni kenapa?"  Fuhh jangan tak tahu, garang ni bukan apa....nak cover malu sebenarnya. bisik Sheera dalam hati.
"Saya cuma nak tumpang sekaki je.'' Pemuda itu tersenyum.
Boleh tahan jugak. bisik hati Sheera lagi.
''Awak ada kaki ke?" Heheheh.... Biar padan muka dia. bisik Sheera lagi.

Sheera melemparkan pandangannya keluar jendela. Menahan rasa geli hati. Dia menyelak sedikit lengan baju kurung putih yang dipakainya. Melihat jam, hampir pukul 7.. Bas Mula bergerak perlahan-lahan. Biasalah, hari pertama sekolah, macam nilah.

"Pukul berapa?"
Sheera buat selamba saja seolah-olah tidak mendengar pertanyaan itu.
Jam pun tak mampu nak beli, tapi ada hati nak belikan kasut orang. Huhh! bisik Sheera.
 ''Tumpang tanya jam pukul berapa?
''Tujuh.'' kesian pulak. Gerenti dah lambat tu. Biar padan muka dia. Bisik hati Sheera.
''Terima kasih.''
 Eleh bodek lagilah tu. Sheera buat tak tahu. Malas nak layan. Bas pun sampai didepan pintu pagar sekolah.
  
 Waktu sampai dipintu pagar sekolah, Sheera segera masuk ke perkarangan sekolah.. Sepi.... 
 Kenapa macam tak sekolah je...
 Sheera menoleh ke arah tempat letak kenderaan. Melihat deretan kereta, motosikal dan basikal. 
 Sheera terpegun. Melihat jam ditangan, hampir pukul 7....
Laaaaa, apa pulak masahnya ni? 
 Sheera berhenti seketika. Dia menatap jarum jam ditangannya. tidak bergerak....
 Macam manalah jam ni boleh buat hal pulak. Sheera menggelengkan kepala.
 Entah pukul berapalah agaknya sekarang ni. Sheera berlari menuju ke kelas.
 Itulah tadi gelakkan orang lambat, sekarang ni.... bisik hati Sheera.
 Dia menambah lagi kelajuan langkahnya agar segera sampai.

 Waktu sampai dipintu kelas, Sheera segera masuk ke dalam. Melihat kerusinya sudah diduduki seorang pelajar yang tidak pernah dilihatnya.
 ''Siapa pulak lah yang duduk ditempat aku ni? Nibuat aku marah ni!

 Wajah Sheera berpeluh. Dia mengigit bibir. Perlahan menarik nafas. Darahnya menyirap....
 Budak baru tu buat tak tahu je.....
Hoi budak baru! tak reti-reti nak bangun agaknya!
 Sheera berjalan pantas ke arah budak baru tu. Biarlah, apa nak jadipun jadilah. Kalau aku nak ditukar sekolah pun tak apa....

Tiba-tiba.....
''Selamat pagi.'' teriak satu suara dari arah depan kelas.
  
 Langkah Sheera terhenti disitu. Dia menoleh kebelakang. 
 Macam mana boleh lupa dekat cikgu ni. Tak perasan pun dia tercegat di depan tu...
Member-member lain tersengih-sengih....
Fuhhh! Sabar ajelah. bisik hati Sheera. Sheera tersenyum simpul.

''Selamat pagi cikgu.''
 Dia terus mendapatkan tempat duduk di sebelah comel dan melabuhkan punggung di situ. Sengihan member-member langsung dipedulikan.
Budak baru tu pun sama gelakkan aku... tak apa..... bisik hati Sheera.

''Kenapa kau lambat?"
 Sheera diam saja. Pertanyaan dari Tasha yang duduk didepannya langsung tidak dipedulikannya. 
Merajuklah kononnya tu...Dia mengeluarkan bekas alat tulis dari dalam beg. Sengaja dihempaskan benda yang tak bersalah tudi atas meja.
  
"Aku tak boleh nak buat apa tadi, cikgu suruh duduk kat sini.''
Penjelasan Tasha sedikit melegakan api kemarahannya. Diaapi kemarahannya. Dia menjeling cikgu di hadapan....
Nantilah kau.... bisik hati Sheera.

No comments:

Post a Comment

ShareThis