Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, October 28, 2010

Novel: Dania Daniel

Hiasan semata

Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur hanya memakan masa selama tiga jam lebih. Aku mengeluh halus, ''Aduhai, penatnya! Cuti selama 10 hari sahaja!"

Tiba-tiba......................
"Miss, I have urgent call but unluckily the battery is low, could I have favour, please?'' terpancul soalan dari seorang pemuda yang duduk di sebelahku.


Aku berpaling dan serentak itu satu senyuman menghiasi rona wajahnya mengharapkan pertolonganku.
"Oh sure, here it is.'' kataku sambil menghulurkan handphoneku.

"Thanks" ujarnya pendek.
"Eh,macam muka Rob drummer LinKin Park lah dia ni!" Aku sempat memuji dalam hati. Setelah selesai munghulurkan handphoneku ucapan terima kasih buat kali kedua.

Aku sampai dirumah ibu saudaraku tepat pukul 10.00 malam. Sebenarnya aku ingin menghabiskan semesta kali ini dirumah ibu saudaraku terutama sekali melayani telatah Lisha yang menghiburkan.

Keesokannya, aku terjaga apabila terdengar handphoneku berbunyi. "Alamak 10 miss call!"  Aku menekan butang 'OK' dan terkejut melihat nombor yang tidak aku kenali.

Petang itu tatkala aku keluar berjalan-jalan handphoneku berbunyi lagi tapi cuma sekejap. Lantas aku memeriksa dari siapa panggilan itu tadi.

"Alamak,nombor aku kena 'jual' lagi! keluh perlahan. Inilah nombor yang asyik miss call tadi. Aku menghantar mesej padanya dan berkata.....

"Maaf,saya tidak kenal awak malah tak ingin kenal pun dan tolong jangan hubungi nombor ini lagi, OK!!!"
Puas hati aku.."Padan muka 'hantu' tu." gumamku sendirian.

"Linda, kau buat apa kat sini?" sapaku kepada seorang gadis yang sedang membelek-belek VCD. 
Linda merupkan sahabatku yang paling rapat di matriks. Malah kami satu tutorial. 
'Kau rupanya Dania!"balas Linda.
 Kami bertanya khabar dan kemudiannya bersetuju ke Mc Donalds untuk mengalas perut.
Dari kaca restoran lut sinar itu, seorang pemuda persis Rob Bourdon melintasi kami.
''Kau tengok tu, kalau akulah, he's deserved 91%!'' ujar Linda yang memang terkenal dengan 'high taste' nya. Aku tergamam seketika. Kalau tak salah inilah pemuda yang meminjam handphoneku semalam. Entah-entah dia yang kacau aku tadi. Tiba-tiba Linda bangun 
''Kau tunggu ye aku nak pergi ladies kejap" kata Linda sambil berlalu pergi.

Barisan yang panjang membuatkan pemuda itu gelisah tidak menentu sambil acapkali melihat jam di tangannya. Tiba-tiba otakku berfikir untuk mendajalkan pemuda itu. Aku mendail nombor yang mengacauku tadi. Dia menyeluk poket seluarnya apabila terdengar handphonenya berbunyi. Aku menekan butang tamat. Dia memeluk tubuh apabila menyedari itu cuma miss call. 
"Cis, dia rupanya hantu itu! getus hatiku membentak-bentak perlakuannya. 
"Dalam bas bukan main sopan lagi.'' tambahku geram. Aku bangun dan menuju ke barisan pelanggan itu.
"Eh, kau nak kemana tu?" tanya Linda... Aku tersentak. 

"Aku nak beli Happy Meal untuk adik sepupu aku.'' balasku bersahaja.
Linda sekadar mengangguk. Aku sengaja berdiri di belakang pemuda itu. Sambil memandang ke tempat lain  aku mendail nombornya. Belum sempat dia mengambil handphonenya., aku menekan butang tamat. Dia kelihatan agak marah semasa memeriksa nombor pengacaunya. Tiba-tiba riak wajahnya berubah.

''Hi, jumpa lagi ya?" tegurku tanpa ekpresi wajah yang mesra. Dia kelihatan tak tentu arah. Aku segara beredar. 

Sampai dimeja aku menghabiskan makanan. 
''Kata nak beli Happy Meal tapi aku tak nampak apa pun.'' tanya Linda.
''Ramai customerslah.'' balasku pendek.
"Jom aku dah kenyang.'' tambahku sambil menarik Linda meninggalkan restoran itu. Apabila melintasi barisan pelanggan tadi aku tidak nampak pula kelibat pemuda itu.

"Eh, kau nak kemana pula ni?" soal Linda kepadaku.
"Apasal??" soalku balik.
Tu kau nampak tak 91% boy yang aku cakap tadi.'' ujar Linda padaku.
"Ya tuhan, dia datanglah.''

Linda hanya tersenyum sahaja melihat senyuman menggoda tahap dewa yang dilemparkan oleh pemuda itu ketika menghampiri kami.

"Ala Dania, kereta bapa aku dah ada kat depan sana tu, aku kena pergi dulu.''  ujar Linda sambil mengenyitkan matanya padaku. Aku menoleh dan memang benar ayahnya sedang menunggu disitu sambil melambaikan tangannya ke arah kami.

"Layan budak tu baik-baik, tahu! He's rock.'' tambah Linda lagi.

"Miss, I'm sorry.'' kata pemuda itu apabila aku tidak mempedulikannya dengan terus berjalan.
"Miss!" panggilnya lagi dengan agak kuat mengatasi bunyi guruh yang berdentum-dentum.
"Hujan!" getusku sambil berlari mencari tempat berlindung.
Sampai dihadapan sebuah mall, aku berhenti dan berteduh disitu. Titisan hujan yang turun melekakanku tatkala tiba-tiba pemuda itu datang.

''I'm really sorry, are you still angry with me?" lirik suaranya memulakan perbualan. Aku terdiam seketika, kasihan pula dia ni!. Sanggup berhujan kejar aku, hatiku seakan-akan berkompromi terhadap tindakan pemuda itu.

"Daniel.'' katanya sambil menghulurkan tangan.
"Call me Dania." ujarku perlahan tersekat-sekat. Salam ikhlas pemuda itu ku sambut.

Dentuman guruh yang menggila mengejutkan aku. Aku menjerit ketakutan sambil memegang tangannya. Aku menahan rasa hati yang sememangnya tidak dapat disembunyikan oleh rona wajahku yang kemerah-merahan.

"Dania!" dia memanggil namaku.
"Daniel!" aku pula memanggil namanya. Kemudian kami tergelak kerana memanggil nama masing-masing serentak.

"Dania Daniel. nice name, right??'' katanya sambil menghadiahkan senyuman yang pasti menjadi igauan 'maut' aku malam nanti...

Hujan dan Guruh kau menjadi saksi pertemuan aku dan dia....

No comments:

Post a Comment

ShareThis