Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, October 1, 2010

UntukMu SahabatKu


Pada satu hari tu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan kehidupan baru. Setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara mereka ketika sampai di sebuah persimpangan.

Sahabat pertama,yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabatnya itu.......


kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabatnya tergamak berbuat demikian.Air matanya bergenang.


Sahabat yang kurus dan kecil itu pun termenung seketika. lalu sahabat yang kurus mengambil sebatang kayu, dan memandang ke tanah.

'HARI INI SAHABATKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir di tempatnya berdiri.

Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan tegap itu berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian,dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan.

'HARI INI SAHABATKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'

Sahabat yang berbadan tegap itu terpinga-pinga. Dia bertanya..

''Selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku menyelamatkanmu daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. KENAPA?''

Jawab sahabat yang bertubuh kurus...

''Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, ukirkan di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya.''


No comments:

Post a Comment

ShareThis